4 Julai 2024

Hari ini Tn Hj Yosri Bin Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor telah menerima kunjung hormat daripada Jabatan Perhilitan Negeri Johor yang diketuai oleh En Aminuddin bin Jamin, Pengarah Jabatan Perhilitan Negeri Johor.

Turut hadir sama ialah En Mohamad Arni bin Suratman (Penolong Pegawai Hidupan Liar), Pn Nurshafierra binti Misban (Penolong Pegawai Hidupan Liar), En Mohd Suffian Aizudin Bin Mohd Saleh (Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi) dan En Rosdin Bin Kimin (Ketua Bahagian Pembangunan Industri Tanaman).

Kunjungan ini bertujuan membincangkan perkara-perkara berkaitan kerjasama antara Jabatan Pertanian Negeri Johor dan Jabatan Perhilitan Negeri Johor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *