Tarikh : 1 – 2 Julai 2024
Tempat : Makmal Komputer, Pusat Pertanian Ayer Hitam
BENGKEL PEMANTAUAN DATA PERANGKAAN AGRO TANAMAN (PROJEK DAN LUAR PROJEK) BAGI JANUARI – JUN 2024
Objektif bengkel ini diadakan bertujuan pemantauan berkala Data Perangkaan Agro Tanaman (Projek dan Luar Projek) di semua daerah yang melibatkan Desk Officer dan Agen Pengembangan Tanaman (APT). Penerangan yang lebih berkaitan data 2023 dan sasaran data 2024.
Seramai 76 orang Agen Pengembangan Tanaman dan Desk Officer Agris dari seluruh Pejabat Pertanian Daerah di negeri Johor yang terlibat dalam bengkel yang dianjurkan selama 2 hari tersebut.
Bengkel pemantauan data ini adalah anjuran Bahagian Pengesanan Dan Penilaian Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Negeri Johor yang diketuai oleh Ketua Bahagian, Puan Nastasha binti Mahamad Tabor dan dibantu oleh 4 orang urusetia.
Matlamat bengkel ini adalah untuk mengenalpasti data yang diperolehi berkaitan Agro Tanaman di negeri Johor khususnya dikemaskini dengan maklumat yang tepat bagi membolehkan pihak kerajaan negeri dan kerajaan pusat menganalisa data-data tersebut.







