JOHOR BAHRU, 23 Jun 2024 β Seramai 28 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2023 dan 13 orang pesara dan bakal pesara tahun 2024 diraikan dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023 Dan Majlis Bakti Disanjung, Budi Dijunjung Tahun 2024 Jabatan Pertanian Negeri Johor.
Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Datoβ Dr. Hj. Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor.
Ucapan tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2023. Semoga pengiktirafan menjadi pemangkin semangat untuk terus cemerlang di masa hadapan.
Ucapan Selamat Menikmati Alam Persaraan kepada pesara dan bakal pesara yang akan menamatkan perkhidmatan pada tahun 2024.
Perigi tuan Semak siratan,
Ukur tali Nampak serupa,
Pergi tuan semarak ingatan,
Luhur budi tidak dilupa.
Amat ketara pucuk siantan,
Rasa segar tepian titi,
Selamat bersara ufuk ingatan,
Mekar jasa di taman bakti.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan










































