Ibadah korban iaitu dengan menyembelih binatang seperti unta, kambing dan lembu untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala. Hukumnya adalah sunat muakkad kepada orang yang mampu mengadakannya.

Berdasarkan kepada hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahawa Nabi s.a.w telah menyembelih dua ekor kibas berwarna putih yang mempunyai dua tanduk dan Nabi sendiri menyembelih kedua-dua kibas tersebut.

Waktu menyembelih binatang korban itu ialah selepas solat Aidiladha setelah naik matahari kadar segalah sehingga hari tasyrik yang ketiga. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesungguhnya mula-mula ketika mulakan pada hari itu (Aidiladha) hendaklah kita solat kemudian kita pulang dari solat lalu kita sembelih korban. Maka siapa yang melakukan yang demikian itu telah menepati sunnahku. Dan sesiapa yang menyembelih (binatang korban) sebelumnya maka sesungguhnya dagingnya itu diberikan kepada ahlinya dan bukan daripada ibadah (korban) sedikitpun.”

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1445H

Buat semua umat Islam di seluruh dunia

Semoga keikhlasan pengorbanan kita dirahmati Allah swt

Ucapan Dari :

Tuan Haji Yosri Mohd

Pengarah Pertanian Negeri Johor

Dan seluruh warga kerja

Jabatan Pertanian Negeri Johor

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi

YB Dato’ Zahari Sarip.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *