11 Jun 2024 (Selasa)

Lawatan 1;

Tn. Hj. Yosri Mohd, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Johor menghadiri program lawatan Kerja YB Dato’ Zahari Sarip. ke Kampung Orang Asli Desa Sri Banang, Senggarang, Batu Pahat.

Kampung ini merupakan penempatan baru bagi menempatkan penduduk orang asli dari Kampung Telok. Penduduk disini terdiri dari suku kaum melayu bumiputra berbangsa orang kuala dan majoritinya adalah nelayan.

Lawatan 2;

Seterusnya YB Dato’ membuat lawatan ke Kampung Parit Kemang, Senggarang. Kampung ini telah mengusahakan projek tanaman terung secara fertigasi. Tahniah di atas usaha yang dilakukan.

Lawatan 3;

YB Dato juga telah melawat ke Kg Orang Asli Bumiputera Dalam Rengit. Kampung ini terkenal dengan jualan produk elektrik terpakai dari Singapura. Beberapa perkara berkaitan pembangunan kampung ini telah dibincangkan bersama Speaker DUN Johor Y.Bhg Datuk Haji Mohd Puad bin Zarkashi.

Lawatan 5;

Desrtinasi lawatan yang terakhir adalah ke Projek Agroturism Wilalong Agro B’Farm di Kg. Parit Tengah Seri Merlong, Rengit. Usahawan ini telah mengusahakan kawasan seluas 1 ha sebagai Agroturism yang menjadi tumpuan pengunjung dalam dan diluar Johor. Disini juga terdapat perusahan membuat topi dari kulit lembu, Kelulit dan ternakan landak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *