10 Jun 2024, Tn. Hj. Yosri bin Mohd, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Johor telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pegawai Daerah Pontian. Beliau telah mengadakan perbincangan bersama Tn. Hj Zainal bin Eran, Pegawai Daerah Pontian berkaitan pembangunan dan halatuju sektor pertanian khususnya di daerah Pontian. Kunjungan ini turut dihadiri oleh En. Azizul Hafiz bin Azizan, Pegawai Pertanian Daerah Pontian.




