KOTA ISKANDAR, 10 Jun 2024 – Ibu Pejabat, Jabatan Pertanian Negeri Johor telah mengadakan ujian saringan kesihatan asas bagi semua pegawai dan kakitangan secara β€˜on-site’. Ujian saringan kesihatan oleh KPJ Pakar Puteri ini telah diadakan di ruang legar Ibu Pejabat, Jabatan Pertanian Negeri Johor.

Ini adalah demi menyahut seruan Kerajaan Negeri Johor mengenai tawaran pakej ujian saringan kesihatan asas percuma bagi penjawat awam Negeri Johor yang berkelayakan dibawah Inisiatif Johor Sihat Penjawat Awam.

Inisiatif ini dengan kerjasama Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) menawarkan saringan kesihatan seperti ujian fungsi paru-paru, ujian pap smear (bagi penjawat awam wanita berkahwin), vaksin influenza (bagi penjawat awam wanita bujang), ujian saringan darah dan ujian air kencing serta konsultasi oleh Pegawai Perubatan bersama laporan lengkap.

#mencegahlebihbaikdripadamengubati

#johorsihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *