Johor Bahru – Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru golongan muda agar mempertingkat dan mempertahankan perpaduan yang selama ini dinikmati oleh negara sekali gus menjadi generasi penerus yang bermakna untuk Malaysia.
.
Berucap merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan Kebangsaan 2024 di Angsana Johor Bahru Mall malam tadi, Datuk Seri Anwar berkata perjuangan dan jasa tokoh-tokoh terdahulu dalam mencapai kemerdekaan negara dengan menyatupadukan pelbagai kaum juga perlu sentiasa diingati.
.
“Tanggungjawab anak-anak muda, generasi muda, jangan anggap perkara ini satu ketentuan yang boleh diremehkan kerana negara boleh bangkit disebabkan semangat perpaduan, negara juga boleh hancur kerana perpecahan dan ketidaksefahaman perkauman,” katanya.
.
Aktiviti pertanian bandar menyentuh perpaduan segenap lapisan masyarakat termasuk di luar bandar sejak dari bangku sekolah lagi.
.
Sehubungan itu, beliau berkata, langkah Kementerian Perpaduan Negara untuk memperkasakan Rukun Tetangga (RT) perlu dipuji kerana mampu menjadi jentera menyebar roh perpaduan yang boleh menjadi kunci kekuatan sesebuah negara.
.
Kementerian Perpaduan Negara bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Jabatan Pertanian Malaysia telah bekerjasama bagi mempertingkatkan lagi penyertaan program kebun komuniti terutama di bandar.
.
Terdapat kira-kira 8,800 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) terutama di bandar berpeluang mengambil bahagian untuk penanaman sayur-sayuran dalam kawasan kejiranan.
.
Melalui aktiviti pertanian bandar, pelbagai kaum masyarakat dalam sesebuah KRT dapat memanfaatkan kawasan lapang dengan tanaman makanan sekaligus dapat mengurangkan kos harian dan bekalan makanan yang selamat.
.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi
YB Dato’ Zahari Sarip.
Tuan Haji Yosri Mohd
![]()
