25 Mei 2024 (Sabtu) | Pocket Talk & Demonstrasi Program Pertanian Bandar (Hidroponik)
Jabatan Pertanian Negeri Johor diwakili oleh En Mutaffa Qamal bin Mustazar dan En Shafiz Bin Osman telah menyampaikan Pocket Talk dan membuat demonstrasi hidroponik di reruai Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sempena Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 bertempat di Angsana Mall, Johor Bahru.
Terdapat juga sesi soal jawab dan kuiz dimana pengunjung yang dapat menjawab dengan betul diberikan Kit Tanaman Herba. Tahniah kepada pengunjung yang telah mendapat hadiah.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan













