Kemasukan ke Institut Pertanian Semenanjung Malaysia Sesi 2024/2026 akan mula dibuka pada 20 Mei 2024 (Isnin).

Permohonan perlu dibuat secara dalam talian dengan melayari :

1. Laman web Jabatan Pertanian : www.doa.gov.my

2. Melalui pautan : www.doa.gov.my/index.php/pages/view/453.

Tarikh tutup permohonan : 30 Jun 2024.

Institut Pertanian Malaysia merupakan institusi yang mempelopori pendidikan dan latihan pertanian secara holistik peringkat sijil sejak tahun 50an. Program Sijil Pertanian ditawarkan kepada individu yang meminati bidang pertanian bagi membantu transformasi sektor pertanian negara. Ini adalah selaras dengan Dasar AgroMakanan Negara (DAN) yang bertujuan untuk membangunkan sektor pertanian dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara.
 
Program Sijil Pertanian Malaysia dilaksanakan selama dua tahun dengan 64 jam kredit yang terdiri daripada 70% latihan praktikal dan 30% teori. Kurikulum Program Sijil Pertanian dibangunkan dan dikemaskini mengikut keperluan semasa bagi mematuhi kualiti dan standard yang ditetapkan.
 
Program Sijil Pertanian Malaysia ditawarkan di Institut Pertanian Serdang, Selangor; Institut Pertanian Bumbong Lima, Pulau Pinang; Institut Pertanian Titi Gantong, Perak; Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor; Institut Pertanian Sarawak, Semongok; dan Institut Pertanian Sabah, Timbang Menggaris, Kota Belud.
 
Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang merupakan satu-satunya Institut Pertanian yang tidak mengendalikan Program Sijil Pertanian, sebaliknya menguruskan Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di bawah pemantauan pihak Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
 
Semua Institut Pertanian di Semenanjung Malaysia adalah di bawah pentadbiran Jabatan Pertanian Persekutuan melalui Bahagian Pembangunan Modal Insan. Manakala Institut Pertanian yang terletak di Sabah dan Sarawak adalah di bawah pentadbiran Jabatan Pertanian Negeri masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *