Putrajaya, 16 Mei 2024 β Jabatan Pertanian merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Pengarah, Jabatan Pertanian Malaysia, YBhg. Datoβ Nor Sam binti Alwi atas pemangkuan ke Pegawai Pertanian Gred Utama A sebagai Ketua Pengarah Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia berkuatkuasa 1 Mac 2024.
.
Turut menerima pemangkuan Pegawai Pertanian Gred Utama B, Encik Johari bin Abdullah dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Pembangunan Industri dan Pengembangan).
.
Empat Pengarah Bahagian turut disahkan ke jawatan Pegawai Pertanian Gred Utama C iaitu, Pengarah Bahagian Pembangunan Industri Tanaman, Christopher John Biai, Pengarah Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman, Ts. Azreen Basir, Pengarah Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Ts. Rosmawati Selamat, dan Pengarah Bahagian Perancangan Strategik, Encik Mohd Nazri Abu Seman.
.
Semoga dengan pelantikan ini Jabatan Pertanian akan terus menyumbang bakti kepada masyarakat terutama dalam pembangunan pertanian dan keterjaminan makanan negara.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
YAB Datoβ Onn Hafiz Ghazi
Tuan Haji Yosri Mohd
