Orang ramai diingatkan tidak melakukan pembakaran terbuka terutamanya di kawasan yang mudah dan sering terbakar seperti tanah gambut serta tapak pelupusan sampah pada musim cuaca panas dan kering yang melanda negara sekarang.

.

Selain pembakaran terbuka, pelepasan daripada aktiviti perindustrian, aktiviti kerja tanah dan asap kenderaan bermotor turut menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara negara.

.

Sebagai persediaan mendepani cuaca panas dan kering, Jabatan Pertanian mengingatkan semua pengusaha agromakanan supaya tidak mencemarkan udara dengan melaksanakan langkah-langkah mencegah pembakaran terbuka.

.

Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana individu yang tidak bertanggungjawab menyebabkan pencemaran alam sekitar seperti yang tertakluk di dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

.

Jabatan Pertanian berharap orang ramai melaporkan kes-kes pencemaran kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol : 1-800-88-2727 atau melalui e-aduan di eaduan@doe.gov.my.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi

YB Dato’ Zahari Sarip

Tuan Haji Yosri Mohd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *