5 Disember 2023

Majlis Penyampaian Mekanisasi ladang & Bantuan Bencana Banjir Negeri Johor Tahun 2023 telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Zahari Bin Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor yang berlangsung di Dewan Besar Pusat Pertanian Ayer Hitam, Johor.

Sebaik ketibaan Y.B. Dato’ dibawa melawat pameran mesin dan peralatan bagi sektor industri asas tani yang dipamerkan oleh OTTO Engineering. Terdapat juga pameran Internet of Things (IoT) yang dipamerkan oleh pihak Thinker Space.

Mekanisasi ladang yang berupa mini trektar berjumlah RM 397,600 ini telah disampaikan oleh Y.B. Dato’ melalui kaedah undian yang dicabut oleh penerima. Penerima kemudian membawa pulang jentera mereka.

Selain itu, Y.B. Dato’ juga telah menyampaikan bantuan bencana banjir kepada wakil petani, penternak dan pengusaha akuakultur yang berjumlah RM 2.1 juta dan bantuan telah disalurkan melalui jabatan yang terlibat.

Tahniah kepada semua penerima manfaat dan semoga jentera yang diterima digunakan dan dijaga dengan baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *