Tarikh : 26 – 27 November 2023
Tempat : Hotel Granada, Bukit Indah, Johor Bahru
Objektif bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk :
i. Mengenalpasti Isu dan Cabaran Perlaksanaan Khidmat Pengembangan Di Lapangan serta cadangan penyelesaian
ii. Penyediaan Perancangan Latihan Tahun 2024
iii. Penyediaan Perancangan Aktiviti Pengembangan Pertanian Tahun 2024
iv. Mengenalpasti cadangan kepakaran agen pengembangan tanaman dan agen pengembangan industri asas tani.
Bengkel ini dihadiri oleh 67 kakitangan terdiri daripada Kuasa Usaha Unit Teknikal Jabatan Pertanian Negeri Johor, Ketua-ketua Bahagian Ibu Pejabat Negeri, Pegawai-pegawai Pertanian Daerah dan Penolong-penolong Pegawai Pertanian daripada Ibu Pejabat Negeri, Pejabat-pejabat Pertanian Daerah dan Unit Teknikal Jabatan Pertanian Negeri Johor.
Ucaptama bengkel disempurnakan oleh En Mohd Hafiz bin Ramly, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) dan Perasmian Penutup Bengkel disempurnakan oleh Tuan Haji Yosri bin Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor.







