22 Nov 2023 | Rabu – Satu program lawatan dan tinjauan teknologi oleh Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Pertanian Negeri Johor telah berjaya diadakan ke Negeri Perlis Indera Kayangan. Ianya telah disertai oleh seramai kira-kira 35 orang pegawai kategori ( N) dan (W) seluruh negeri Johor.

Program lawatan ini telah dipimpin oleh Puan Rohana Binti Matang selaku Pemangku Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan dengan dibantu oleh Encik Norizhar Bin Mohd Arus.

Objektif lawatan ini ialah untuk berkongsi ilmu dan mendedahkan pegawai kepada perjalanan sistem kerja yang dilaksanakan di luar negeri Johor di samping meninjau teknologi berkaitan pertanian yang digunapakai dan sebagainya.

Antara tempat yang dilawati di sini ialah Taman Buah-buahan Eksotik dan Laman Anggur yang terletak di Sg. Batu Pahat, Kangar. Peserta lawatan kemudian dibawa berkunjung ke Pejabat Pertanian Negeri Perlis yang terletak di Bukit Temiang, Perlis untuk mendengar taklimat ringkas berkaitan pelaksanaan sistem kerja di Bahagian Khidmat Pengurusan oleh Encik Mohd Nizam bin A. Aziz, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan dan Pengembangan.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Imbasan Berita