23 Nov 2023 | Khamis
Satu bengkel bagi memastikan pengemaskinian data bagi menjamin keterjaminan makanan telah diadakan di Bilik Komputer, Pusat Pertanian Ayer Hitam, Johor.
Bengkel ini telah dianjurkan oleh Bahagian Pengesanan dan Penilaian, Seksyen Operasi Jabatan Pertanian Negeri Johor dengan dihadiri oleh Desk Officer serta Agen Pengembangan Tanaman (APT) dari setiap daerah di seluruh negeri Johor.
Dengan permantapan data yang sedia ada, setiap maklumat yang telah diperolehi dapat memastikan pengeluaran hasil dari perkhidmatan pertanian dalam negeri Johor mencukupi dan terjamin untuk masa-masa akan datang.










