20 November 2023

Seminar Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM) telah dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Zahari Bin Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor bertempat di Dewan Besar Pusat Pertanian Ayer Hitam Johor.

Seminar yang dianjurkan oleh Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Negeri Johor telah berlangsung melibatkan 120 orang petani dan pegawai bagi memperkenalkan penggunaan sistem pengurusan perosak bersepadu (IPM) untuk diamalkan di ladang.

Y.B. Dato’ melawat reruai pameran yang mempamerkan pelbagai jenis Sistem Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM) yang telah dicipta oleh petani dan pegawai dari negeri Johor.

Y.B. Dato’ juga telah melancarkan Buku Syor Pengurusan Perosak Tanaman Negeri Johor yang telah ditambah baik daripada saiz yang besar kepada saiz yang lebih kecil padat dengan maklumat dan mudah dibawa.

Seramai 13 orang penerima Insentif Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM) Tahun 2023 yang terdiri daripada wakil petani daerah dan istitusi pengajian telah menerima mock cheque.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *