“Mencipta Keajaiban Produk Anda”
15 November 2023 (Rabu)
Majlis Penutup Seminar Usahawan Industri Asas Tani (IAT) Jabatan Pertanian Negeri Johor Tahun 2023 telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Mohd Hafiz Bin Ramly, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan), Jabatan Pertanian Negeri Johor
Turut hadir sama :
1. Encik Mohd Suffian Aizudin Bin Mohd Salleh, Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi)
2. Cik Siti Irdina Ismahani Binti Ishak, Ketua Bahagian Industri Asas Tani
Antara aturcara Majlis Penutup ini adalah seperti :
1. Penyampaian Cenderahati Kepada Penceramah Jemputan
2. Penyampaian Sijil Penyertaan Kepada Peserta
Majlis Penutup Seminar ini berlangsung di Impiana Hotel, Johor melibatkan 100 Usahawan IAT bimbingan Jabatan Pertanian serta diiringi Pegawai Pertanian Daerah, Pegawai Pembimbing IAT Daerah dan Urusetia daripada Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Negeri Johor















![]()
