JOHOR BHARU, 3 Oktober 2023 – Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Johor bersama pelbagai agensi di peringkat Negeri Johor telah mengadakan satu libat urus Banci Pertanian 2024 di Hotel Holiday Villa Johor Bharu.

Libat Urus bersama agensi ini telah mencapai objektif di mana pemakluman Banci Pertanian 2024 akan bermula pada 7 Julai 2024. Selain membincangkan input – input yang berkaitan strategi pengoperasian yang akan dibuat di peringkat lapangan nanti.

Sesi ini dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman pada semua agensi yang hadir bagi menjayakan Banci Pertanian 2024 peringkat negeri dan daerah di Negeri Johor.

Sesi Libat Urus ini telah dirasmikan oleh YB Datoโ€™ Zahari bin Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor. Hadir sama En Mohd Suffian Aizudin bin Mohd Saleh Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi).

Banci Pertanian 2024 Kunci Kemajuan Pertanian

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Imbasan Berita