β€œMenggilap Permata Jabatan”

28 Ogos 2023

Holiday Villa Hotel Johor Bahru

Majlis Perasmian Seminar Usahawan Industri Asas Tani (IAT) Jabatan Pertanian Negeri Johor Tahun 2023 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Zahari Bin Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani & Kemajuan Luar Bandar.

Turut hadir sama :

1. Puan Norsam Binti Alwi Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Pengurusan & Regulatori), Jabatan Pertanian Malaysia

3. Tuan Haji Yosri Bin Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor

4. Encik Mohd Hafiz Bin Ramly, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan)

5. Encik Mohamad Aliff Zaquan Bin Mohd Hisham, Penolong Setiausaha dari Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri Johor (BPENJ)

Majlis Perasmian ini berlangsung di Holiday Villa Hotel Johor Bahru melibatkan 110 Usahawan Industri Asas Tani (IAT) serta turut menghadiri Majlis ini iaitu Kuasa Usaha, Unit Teknikal Jabatan Pertanian Negeri Johor, Pegawai Pertanian Daerah, Agen Pengembangan IAT & Urusetia Seminar IAT

Objektif utama seminar ini adalah :

1. Memberi pendedahan berhubung dengan pematuhan piawaian bagi bahan-bahan mentah melalui pensijilan seperti HALAL, Good Manufacturing Practices (GMP), Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), Hazard Analysis Critical Control (HACCP) dan lain-lain

2. Membentuk jaringan maklumat networking dan seterusnya melahirkan usahawan yang mempunyai kepakaran dan kemahiran untuk membangunkan teknologi dan inovasi produk sesuai dengan peredaran masa dan keperluan citarasa pengguna bagi menjamin kejayaan di pasaran

Antara aturcara Majlis Perasmian ini adalah seperti :

1. Lawatan bersama YB Dato’ Zahari Bin Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani & Kemajuan Luar Bandar ke Booths setiap Daerah

2. Tanyangan Montaj

3. Penyampaian Mock Cheque kepada penerima Insentif Jabatan Pertanian mengikut kategori :

– Insentif Geran Pemadanan Change Upgrade Produk (CUP)

– Insentif Baharu Bengkel Pemprosesan Makanan IAT

– Insentif Ubahsuai / Naiktaraf Bengkel Pemprosesan Makanan IAT

– Insentif Mesin & Peralatan Industri Asas Tani

– Insentif Pembangunan Teknologi & Inovasi Pembungkusan

– Insentif Projek Pembangunan Agropelancongan

4. Sesi Pertukaran Letter Of Intent (LOI) HAOS EK? dan Jabatan Pertanian Negeri Johor

5. Gimik Pelancaran Air HAOS EK? Perisa Baharu : Liberica Mocha & Vanila Latte

6. Best Dress Lelaki & Wanita

7. Best Booth Pameran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *