7 Ogos 2023
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor meneruskan hari ketiga program jelajah Kembara Mahkota Johor (KMJ) pada 7 Ogos 2023.
Pusat Pertanian Parit Botak, Batu Pahat Johor telah terpilih sebagai antara destinasi yang dikunjungi oleh Kembara Mahkota Johor. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti Pertandingan Tarik Tali Sampan, Panjat Tiang Licin dan sebagainya.
Jabatan Pertanian Negeri Johor mengucapkan setinggi penghargaan dan tahniah buat semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program Kembara Mahkota Johor yang berlangsung di Pusat Pertanian Parit Botak, Batu Pahat Johor.












