18 Julai 2023 | Kota Tinggi
Satu sesi lawatan projek dan perbincangan telah dijalankan oleh pihak Jabatan Pertanian Negeri Johor yang diketuai oleh Encik Mohd Hafiz Bin Ramly, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) serta diiringi oleh Encik Mohd Hafizh Bin Hussain, Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi ke tapak projek Komuniti Kelulut Bandar Petri Jaya di Kawasan Tanah Bumi Hijau
Kunjungan dari Jabatan Pertanian Negeri Johor telah disambut oleh En Aswad Bin Mesnun@Masnun, Ketua Komuniti Kelulut Bandar Petri Jaya. Komuniti Kelulut Bandar Petri Jaya dianggotai seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada usahawan sekitar di dalam daerah Kota Tinggi
Antara intipati dan tujuan lawatan projek ini diadakan adalah untuk berbincang mengenai hala tuju pembangunan projek Komuniti Kelulut Bandar Petri Jaya serta potensi projek ini dibawa ke tahap yang lebih tinggi menerusi projek Kolaborasi Jabatan Pertanian Negeri Johor
