KOTA ISKANDAR | 16 Julai 2023
Sesi ‘clock-out’ terakhir bagi Puan Hajah Mariam binti Hassan, Penolong Pegawai Tadbir Gred N40 yang juga Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan Ibu Pejabat, Jabatan Pertanian Negeri Johor yang akan bersara wajib pada 17 Julai 2023.
Hadir bersama Tuan Haji Yosri bin Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor; Encik Mohd Hafiz bin Ramly, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan); Encik Mohd Suffian Aizudin bin Mohd Saleh, Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi), Ketua-Ketua Bahagian dan warga kerja JPNJ bagi mengiringi Puan Hajah Mariam binti Hassan di sesi ‘clock-out’ ini.
Beliau seorang yang penuh berkaliber dan juga pentadbir berwawasan dalam mengendalikan Khidmat Pengurusan Jabatan Pertanian Negeri Johor. Beliau telah menabur bakti selama 35 tahun dalam perkhidmatan awam.
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan atas jasa dan khidmat bakti yang telah diberikan selama ini. Semoga Puan Hajah Mariam binti Hassan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dalam lindungan Rahmat Allah SWT.
