KOTA ISKANDAR | 16 Julai 2023

Telah berlangsung Majlis Perhimpunan Pagi Jabatan Pertanian Negeri Johor bersama warga kerja Ibu Pejabat, Jabatan Pertanian Negeri Johor di Bilik Mesyuarat Camellia, Jabatan Pertanian Negeri Johor. Turut hadir adalah Pegawai-Pegawai Pertanian Daerah dan Ketua Pusat Pertanian Ayer Hitam.

Pengarah Pertanian Negeri Johor, Tuan Haji Yosri bin Mohd dalam ucapannya menyentuh berkenaan Peraturan 4 (2)(h) dan (i), Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan bahawa membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan berhubungan dengan perkhidmatan awam, sama ada tuntutan itu adalah tuntutannya sendiri atau tuntutan anggota-anggota perkhidmatan awam yang lain; dan ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah. Selain daripada itu, beliau juga menekankan berkenaan dengan kerja-kerja yang mempunyai tempoh masa.

Majlis diteruskan dengan Sambutan Hari Lahir Warga Kerja Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Negeri Johor bagi bulan April, Mei, Jun dan Julai serta Majlis Meraikan Persaraan Puan Hajah Mariam binti Hassan, Penolong Pegawai Tadbir Gred N40 yang juga Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *