Kursus Pengawetan Makanan kepada Agen Pengembangan Industri Asas Tani (APIAT) Anjuran Ibu Pejabat, Jabatan Pertanian Negeri Johor Tahun 2023

Tarikh : 09 Julai 2023 (Ahad)

Tempat : Bilik Seminar, Institut Penyelidikan & Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Negeri Johor

Objektif kursus ini diadakan adalah bertujuan untuk :

1. Meningkatkan pengetahuan peserta mengenai Bahan Aditif dan Pengawetan Makanan.

2. Peserta akan memahami konsep teknologi dan isu-isu kawalan kualiti produk IAT melalui Bahan Aditif dan Pengawet Makanan.

3. Peserta akan mempelajari secara amali (hands-on) teknik pengiraan dan penggunaan bahan aditif dan pengawet makanan

Kursus ini telah dihadiri seramai 10 orang Agen Pengembangan Industri Asas Tani dari seluruh Pejabat Pertanian Daerah dan 1 orang pegawai wakil dari Bahagian Industri Asas Tani & Perintis Keusahawanan Pertanian Johor (PKPJ).

Penceramah :

Puan Norzaleha binti Kasim

Pegawai Penyelidik,

Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Makanan, MARDI Johor Bahru

Fasilitator :

1. Puan Noor Syahrain binti Hamzah

Penolong Pegawai Penyelidik,

Pusat Pemindahan Teknologi & Pembangunan Usahawan, MARDI Johor Bahru

2. Puan Nurul Ain binti Darmawan

Penolong Pegawai Penyelidik, Pusat Pemindahan Teknologi & Pembangunan Usahawan, MARDI Johor Bahru

Urusetia :

1. Bahagian Pengembangan,

Ibu Pejabat, Jabatan Pertanian Negeri Johor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *