JOHOR BAHRU, 8 Jun 2023 β Seramai 28 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Pertanian Negeri Johor dan 11 orang Pesara dan Bakal Pesara diraikan dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 Dan Majlis Lambaian Kasih Sekalung Budi Tahun 2023.
Majlis telah disempurnakan dan dirasmikan oleh Tan Sri Datoβ Dr. Hj. Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor.
Ucapan Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022. Semoga pengiktirafan menjadi pemangkin semangat untuk terus cemerlang di masa hadapan.
Ucapan Selamat Menikmati Alam Persaraan kepada Pesara dan Bakal Pesara Tahun 2023.
Perigi tuan Semak siratan,
Ukur tali Nampak serupa,
Pergi tuan semarak ingatan,
Luhur budi tidak dilupa.
Amat ketara pucuk siantan,
Rasa segar tepian titi,
Selamat bersara ufuk ingatan,
Mekar jasa di taman bakti.
