31 Mei 2023
Seramai 30 orang Penolong Pegawai Pertanian Jabatan Pertanian Negeri Johor menghadiri Kursus Prosedur Pengeksportan Hasil Pertanian bertempat di Pusat Bimbingan Usahawan (PBU), Pagoh Muar.
Kursus ini disampaikan oleh Encik Mahathir Bin Omar, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Negeri Johor. Beliau menjelaskan perkara berkaitan laluan pasaran dan prosedur bagi tujuan eksport ke luar negara.
