17 April 2023 –
Pada hari ini Tuan Haji Yosri Bin Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor berbesar hati menyampaikan cenderahati kepada kakitangan Pejabat Pertanian Johor sempena sambutan aidilfitri yang bakal tiba. Tuan pengarah turut menerima cenderahati daripada Puan Azlina Bt Md Dom, Pegawai Pertanian Daerah Kluang.
Majlis ini dimulai dengan bacaan doa pagi yang dipimpin oleh Encik Amirul Bin Amran, Penolong Pegawai Pertanian Unit Perolehan dan diteruskan oleh Cik Siti Irdina Ismahani Binti Ishak, Ketua Bahagian Industri Asas Tani.
