10.4.2023 – Program Ihya’ Ramadhan 1444H Jabatan Pertanian Negeri Johor

Program Ihya’ Ramadhan 1444H Jabatan Pertanian Negeri Johor telah diadakan pada hari ini bertempat di Pusat Pertanian Ayer Hitam Johor.

Program ini telah diketuai oleh Tuan Haji Yosri bin Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor dan disertai oleh semua Pegawai Kuasa Usaha Cawangan Teknikal Jabatan Pertanian di negeri Johor, pegawai-pegawai pertanian daerah, serta wakil-wakil dari warga kerja Jabatan Pertanian Negeri Johor.

Acara ini merupakan acara tahunan bagi mengeratkan perpaduan dan silaturahim antara sesama pegawai dan kakitangan disamping mencapai nilai kerjasama dibulan yang mulia ini.

Sebanyak 500 bungkusan bubur lambuk telah dipersiapkan dan diedarkan kepada semua kakitangan di pejabat-pejabat pertanian di bawah negeri Johor.

Semoga program seperti ini dapat memartabatkan keikhlasan hati kita untuk beramal secara berterusan di Ramadan yang berbahgia ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *