20 Mei 2026 l Savanna Hill Resort
𝙈𝙖𝙟𝙡𝙞𝙨 𝙋𝙚𝙧𝙖𝙨𝙢𝙞𝙖𝙣 𝙋𝙚𝙣𝙪𝙩𝙪𝙥𝙖𝙣 𝙆𝙪𝙧𝙨𝙪𝙨 𝙎𝙢𝙖𝙧𝙩 𝙈𝙖𝙧𝙠𝙚𝙩𝙞𝙣𝙜 𝙍𝙚𝙫𝙤𝙡𝙪𝙩𝙞𝙤𝙣: 𝙄𝙣𝙩𝙚𝙜𝙧𝙖𝙨𝙞 𝘼𝙄 𝘿𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙎𝙩𝙧𝙖𝙩𝙚𝙜𝙞 𝙋𝙚𝙢𝙖𝙨𝙖𝙧𝙖𝙣
Kursus Smart Marketing Revolution telah berlangsung dengan jayanya dan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada usahawan tani Negeri Johor berkaitan penggunaan teknologi Artificial Intelligence (AI) dalam penghasilan bahan visual serta strategi pemasaran digital yang lebih kreatif, efektif & selari dengan perkembangan teknologi semasa.
Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai teknik penghasilan poster, grafik media sosial dan video promosi menggunakan aplikasi AI serta pendekatan pemasaran digital moden.
Majlis Perasmian Penutupan Kursus Smart Marketing Revolution ini telah disempurnakan oleh 𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐇𝐚𝐟𝐢𝐳 𝐛𝐢𝐧 𝐑𝐚𝐦𝐥𝐲, 𝐓𝐢𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐢𝐚𝐧 (𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧) 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫.
“Don’t be afraid if you are different from other people. But you should be worried if you are the same as everyone else.”
Antara petikan ucapan yang disampaikan oleh Encik Mohd Hafiz bin Ramly yang menekankan kepentingan keberanian untuk berinovasi, berfikiran kreatif dan berani mencipta kelainan dalam menghadapi era transformasi digital masa kini.
Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta sebagai simbol penghargaan atas komitmen dan penglibatan aktif sepanjang kursus dijalankan.
Dato’ Onn Hafiz Ghazi
Dato’ Zahari Sarip.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan


















![]()
