𝐊𝐔𝐋𝐀𝐈 – 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐋𝐀𝐈
𝐀𝐔𝐃𝐈𝐓 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐒 𝐈𝐒𝐎 𝟗𝟎𝟎𝟏:𝟐𝟎𝟏𝟓 – 𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍
𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐀𝐮𝐝𝐢𝐭
𝐏𝐧. 𝐌𝐚𝐢𝐳𝐚 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐂𝐡𝐞 𝐀𝐳𝐢𝐳
Ketua Penolong Pengarah K/U,
BBT Negeri Kelantan
𝐄𝐧. 𝐆𝐞𝐨𝐫𝐠𝐞 𝐊𝐚𝐫𝐮𝐧𝐠 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐁𝐚𝐫𝐚𝐭
Penolong Pengarah, Bahagian Perancangan Strategik Putrajaya
𝗟𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴
Felda Taib Andak
𝗡𝗮𝗺𝗮 𝗣𝗲𝘁𝗮𝗻𝗶
Haji Tosrin bin jarvanthi
𝗧𝗮𝗻𝗮𝗺𝗮𝗻
Lada Hitam
Kelulut
Audit Dalam 𝐌𝐒 𝐈𝐒𝐎 𝟗𝟎𝟎𝟏:𝟐𝟎𝟏𝟓 bagi Aktiviti Perkhidmatan Pengembangan Pertanian telah dilaksanakan bagi memastikan sistem pengurusan kualiti jabatan sentiasa berada pada tahap yang terbaik, tersusun dan mematuhi prosedur yang ditetapkan.
Pegawai audit telah disambut oleh Pegawai Pertanian Daerah 𝗛𝗷. 𝗠𝗮𝘇𝗹𝗮𝗻 𝗕𝗶𝗻 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗲𝗱 𝗦𝗮𝗹𝗹𝗲𝗵 bersama warga kerja pejabat. Sesi dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Pegawai Pertanian Daerah berkaitan pelaksanaan aktiviti, sistem kerja serta pencapaian perkhidmatan pengembangan pertanian di daerah ini.
𝐌𝐒 𝐈𝐒𝐎 𝟗𝟎𝟎𝟏:𝟐𝟎𝟏𝟓 merupakan standard sistem pengurusan kualiti yang digunakan bagi memastikan setiap perkhidmatan dilaksanakan secara lebih sistematik, cekap, berkualiti dan memenuhi kehendak pelanggan.
Audit ini dilaksanakan bagi menilai tahap pematuhan terhadap prosedur kerja, mengenal pasti penambahbaikan serta memastikan sistem pengurusan kualiti dilaksanakan dengan berkesan dalam penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.
Objektif
Memastikan penyampaian perkhidmatan lebih berkualiti dan efisien
Menambah baik sistem pengurusan dan dokumentasi kerja
Meningkatkan kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan jabatan
Memastikan pematuhan terhadap standard 𝐌𝐒 𝐈𝐒𝐎 𝟗𝟎𝟎𝟏:𝟐𝟎𝟏𝟓
Melalui pelaksanaan 𝐌𝐒 𝐈𝐒𝐎 𝟗𝟎𝟎𝟏:𝟐𝟎𝟏𝟓, jabatan komited dalam memberikan perkhidmatan pengembangan pertanian yang berkualiti, profesional dan berintegriti demi memperkasakan sektor pertanian serta meningkatkan kesejahteraan komuniti petani.
.
.
.
.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan


















![]()
