๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
Pada 16 Ogos 2025, telah berlangsung Program ๐๐๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐๐ถ๐ต ๐ฆ๐ฎ๐๐๐ฟ ๐ฆ๐ฒ๐ด๐ฎ๐ฟ ๐ง๐ฒ๐ฟ๐๐ ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ bertempat di Taman Aman, Senai. Program ini disyorkan bagi membantu masyarakat setempat mendapatkan bahan makanan segar pada harga yang lebih berpatutan sekaligus dapat mengurangkan kos dapur harian.
Sayur-sayuran segar yang dijual adalah hasil tanaman tempatan yang memenuhi standard pensijilan myGAP (Malaysian Good Agricultural Practices). Melalui jualan ini, bagi penduduk bukan sahaja menikmati barangan berkualiti, malah secara tidak langsung memberi sokongan kepada usaha promosi amalan pertanian baik (myGAP) di kalangan petani.
Inisiatif ini turut memberi peluang kepada petani tempatan untuk memasarkan hasil secara terus kepada pengguna tanpa melalui orang tengah. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk Taman Aman dan kawasan sekitarnya.
Jualan Kasih ini bukan sahaja membantu mengurangkan beban isi rumah, malah menjadi platform pendidikan kepada masyarakat tentang kepentingan memilih hasil tanaman yang selamat dan berkualiti tinggi.
.
.
.
.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan






















![]()
