Tarikh : 17 Oktober 2022
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Sawah Kg Semaloi Endau Mersing

YB Dato’ Zahari Sarip, Pengerusi JK Pertanian, IAT & Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor telah turun padang menyantuni Kelompok Sawah Air Papan dan Sawah Kg Semaloi Endau Mersing.

Beliau turut melaksanakan penaboran benih di Lot pesawah sebagai tanda simbolik bermulanya musim menanam di Sawah Air Papan ini. Semuga semuanya dirahmati dan dipermudahkan Allah.

Beliau turut melepaskan ikan puyu di tali air sawah Kg. Semaloi sebagai aktiviti ekonomi tambahan kepada pesawah terlibat. Terima kasih kepada Jabatan Perikanan Negeri Johor diatas bekalan benih ikan tersebut.

Turut bersama didalam program ini ialah Y.Bhg. Tn Hj Yosri Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor, Tn. Hj Zainudin, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Johor dan pn. Marfeah Sordono, Pegawai Pertanian Daerah Mersing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *