Tarikh : 15 Disember 2022
Masa : 9 pagi
Tempat : Secara Atas Talian

Pegawai Pemantau Yang Terlibat:

1. Encik M.Halimiee bin Mohmad

Bahagian Pembangunan Industri Tanaman, Putrajaya

2. Puan Mazlinda binti Musa

Bahagian Pertanian Bandar, Putrajaya

3. Encik Mohd Azwadi bin Abd Wahid

Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman, Putrajaya

Pemantauan dilaksanakan secara dalam talian bagi memantau perlaksanaan Aktiviti Perkhidmatan Pengembangan Pertanian MS ISO 9001:2015 PPP di Pejabat Pertanian Daerah Segamat, Mersing dan Kota Tinggi. Platform perlaksanaan secara dalam talian menjadi pilihan berikutan kekangan masa dan juga pertindihan dengan tugas sedia ada. Namun begitu, ianya tidak sedikit pun menjejaskan perjalanan pemantauan yang dijalankan hasil kerjasama yang baik diberikan dari Pegawai Pemantau dan Pegawai Pertanian Daerah yang terlibat.

Terima kasih diucapkan atas komitmen yang baik dari semua pihak.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi

Pejabat Pertanian Daerah Mersing

Pejabat Pertanian Daerah Segamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *