KULAI, 4 Oktober – ADUN Bukit Permai YB Haji Ali Mazat Bin Saleh telah merasmikan Majlis Penyampaian Sijil Bantuan Program Pertanian Bandar, Program Pertanian Rakyat, Program Galakan Usahawan (PGU) dan Program Galakan Amalan Teknologi (GAT) bagi tahun 2015 di Perkarangan Pejabat Pertanian Kulai.
Dalam ucapan sempena perasmian itu, beliau menggesa para penerima bantuan supaya memanfaatkan segala bantuan yang diberikan agar dapat menjana pendapatan dengan lebih dari sebelumnya.
Antara objektif utama program ini dilaksanakan adalah mendorong usahawan tani supaya bersedia mempergiatkan aktiviti pengeluaran bahan makanan untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian, terutamanya di dalam keadaan negara menghadapi masalah kekurangan makanan, selain itu ia dapat membantu mengurangkan sedikit kos pengeluaran ladang. Oleh yang demikian, antara insentif yang diberikan seperti baja, racun, mesin kecil dan peralatan ladang.
Sebelum majlis perasmian, YB Haji Ali Mazat Bin Salleh sudi melawat pameran yang disediakan, terdiri dari poster dan set penanaman berpasu dan Nutrient Film Technique (NFT). YB Juga sempat beramah mesra dengan para penerima bantuan dimana penerima dibawah Program Pertanian Rakyat seramai 15 Komuniti, Program Galakan Amalan Teknologi (GAT) 67 penerima, Program Galakan Usahawan (PGU) 6 orang dan Program Pertanian Rakyat 100 pemerima, dimana keseluruhan penerima adalah 188 penerima.
Majlis berakhir pada pukul 1.00 tengahari sebelum bersurai, para tetamu di jemput untuk menikmati jamuan makan seterusnya penyerahan bantuan terus diagihkan kepada penerima yang layak pada hari yang sama.
