MERSING, 18 Oktober – Seramai 21 penduduk sekitar Pulau Tinggi, Mersing yang mendapat bantuan dalam Program Pertanian Rakyat tahun 2015 telah mengikuti dengan jayanya Kursus Pertanian Lestari dan ‘Edible Landskap’ anjuran Pejabat Pertanian Daerah Mersing. Kursus ini dibimbing oleh Encik Mohd Rahim bin Jais, Penolong Pegawai Pertanian.
Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman kepada petani berkaitan konsep pertanian secara lestari dalam aspek pemilihan dan penyelenggaraan tanaman, kaedah pembajaan, kawalan penyakit/perosak serta kaedah tanaman secara fertigasi tertutup (NFT). Diakhir kursus peserta telah dapat memahami kepentingan setiap isi rumah mengeluarkan sendiri sayur-sayuran bagi kegunaan sendiri.
