Kumpulan KIK Durimas dari Pusat Pertanian Ayer Hitam telah menjuari kategori teknikal Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Jabatan Pertanian Malaysia yang diadakan pada 12 Oktober 2015 di dewan serbaguna Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Putrajaya. Kumpulan Durimas membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,500.00 dan tropi diketuai Encik Surif bin Lani mengalahkan kumpulan TKOI dari Pejabat Pertanian Temerloh, Pahang. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada 2 November 2015 di Dewan Institiut Pertanian Serdang oleh YBhg. Dato’ Ahmad Zakaria bin Mohamad Sidek, Ketua Pengarah Pertanian sempena Hari Inovasi Jabatan Pertanian.
