Lawatan Pasukan Teknikal bagi projek tanaman telah dibuat pada 25 Oktober 2015 di Daerah Pontian. Kumpulan teknikal tersebut telah diketuai oleh Puan Lucyana anak Dominic Ritay. Lawatan telah dibawa ke projek tanaman cendawan di Kampung Parit Betak, Benut yang dimiliki oleh Puan Hajah Siti Ngaisah binti Surono. Hasil daripada lawatan ini didapati terdapat masalah yang timbul akibat jerebu iaitu cendawan dikatakan mengerekot atau berombak tidak sekata dan pengeluaran cendawan tidak sekata. Pihak pasukan teknikal akan cuba menangani masalah ini dan mencari cadangan serta pengesoran yang dapat membantu petani tersebut.

Lawatan kedua pula ke projek tanaman jagung milik Puan Hajah Ruminah binti Nodo beralamat di Lorong Kurnia Parit Kudus, Parit Panjang. Hasil lawatan ke projek beliau, didapati tanaman jagung berumur 40 hari tidak seragam pertumbuhannya dijangka akibat jerebu. Berlaku juga kerosakan jambak bunga jantan oleh perosak yang mengurangkan prestasi pendebungaan serta pemilik tidak menguruskan bekas racun dengan baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *