JOHOR BAHRU, 2 Disember – Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru telah mengadakan Hari Terbuka bersama-sama Hari Bertemu Pelanggan dan juga Klinik Pengembangan. Majlis ini telah diadakan di Dewanraya Taman Sri Skudai. Majlis telah diserikan dengan kehadiran YB Dr. Haji Zaini bin Haji Abu Bakar, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Nusajaya.
Melalui program yang dianjurkan ini dapat memberi peluang kepada penduduk setempat dapat melihat pameran (Jualan Anak Benih/Pokok) serta membuat pertanyaan terus kepada pegawai teknikal dari Agensi MARDI, Veterinar, Agrobank, FAMA, Unit Racun Makhluk Perosak dan Unit Hortikultur Ayer Hitam selaian Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru (APK – Mkm Pulai, Jelutong dan Tanjung Kupang – Anis Anwar bin Ramli). Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti pendedahan akan projek jabatan, soal jawab, promosi dan pameran, demonstrasi pertanian dan makanan (botok-botok dan laksam) dan pengiktirafan kepada petani dan pengusaha yang berjaya.
