JOHOR BAHRU, 2 Disember – Seramai 41 penerima bantuan PGU dan 5 peserta pertanian bandar telah diraikan dalam satu majlis penyampaian bantuan ini. Majlis ini telah diadakan di Dewanraya Taman Sri Skudai jam 8.00 pagi. Bantuan telah disampaikan oleh YB Dr. Haji Zaini bin Haji Abu Bakar, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Nusaja. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan kepada petani dan pengusaha yang berjaya dalam permohonan bantuan PGU bagi tahun 2015 dan Program Pertanian Bandar yang telah disampaikan oleh YB ADUN Nusajaya, YB ADUN Tiram dan ADUN Tanjung Puteri.

Daripada program yang dijalankan, penerima sijil dan pengiktirafan dapat meajadi lebih bersemangat dan mendorong mereka untuk meningkatan pendapatan dan mengembangkan program yang sedang dijalankan, dapat meningkatan ilmu teknologi dalam pertanian. Peserta yang terima bantuan dari DUN Nusajaya, DUN Tiram, DUN Permas, DUN Tanjung Puteri, DUN Puteri Wangsa, DUN Johor Jaya dengan bantuan Mesin Mixer – 40, Oven – 35, Meja Kerja-9, Boier – 2, Freezer-6, Kuali masak – 3, Mesin Injet Printer-2 dan Chiller-2 dengan nilai bantuan sebanyak RM248,520.00.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *