PONTIAN, 13 Disember – Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung Kawasan (2) Kampung Parit Sulaiman, Mukim Rimba Terjun, Pontian telah menganjurkan program Karnival Parit Sulaiaman 2015 yang bertempat di Dewan Terbuka Kampung Parit Sulaiman, Telok Kerang, Pontian. Karnival tersebut telah diadakan selama 2 hari pada 12 dan 13 Disember 2015. Pengisian disepanjang program telah diatur di peringkat JKKK Kampung Parit Sulaiman dan ianya dapat berjalan dengan lancar dan baik seperti mana yang telah dirancang.
JKKK Kampung Parit Sulaiman telah menjemput Pejabat Pertanian Daerah Pontian bersama-sama agensi lain seperti Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), IPD Pontian, TEKUN dan BOMBA untuk mengadakan pameran dan jualan. Selain daripada itu terdapat juga penyertaan daripada usahawan tempatan yang terdiri daripada penduduk kampung setempat yang turut serta membuat jualan produk IKS, pakaian dan set fertigasi. Pameran Agensi Kerajaan bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang manakala jualan anak pokok daripada unit Hortikultur dibuka bermula jam 8.30 pagi dan ditutup pada jam 11.00 malam.
Pada malamnya pula, telah diadakan Ceramah Agama Perdana yang dibawakan khas oleh Prof. DR. Ridhuan Tee Abdullah. Tetamu jemputan yang turut hadir bagi memeriahkan pertandingan karaoke ialah Mak Ros (Kilauan Mas). Selaian daripada itu, diandakan juga pertandingan memancing parit, pertandingan karaoke terbuka, aktiviti permainan, Supa – Dupa dan pertandingan melukis serta senam robik.


