PONTIAN, 2 Disember – Seramai 40 usahawan bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Johor melalui Program Galakan Usahawan telah mengikuti dengan jayanya program lawatan ke daerah Pontian. Program yang diberi nama Program Jelajah PGU ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada usahawan-usahawan industri kecil untuk bangkit dan memberi motivasi kepada mereka untuk lebih komited dan dapat menambahkan cawangan pasaran. Peserta telah dibawa meninjau 3 lokasi usahawan yang telah berjaya dan memiliki nilai jualan tahunan melebihi RM 1 juta. Melalui program ini peserta dapat bertanya terus kepada usahawan jaya dan mencungkil serba sedikit rahsia kejayaan.
