Pada 20 Disember 2015 telah dijalankan pengauditan bagi Permohonan Pensijilan myOrganic bagi tahun 2015 yang bertempat di Kampung Parit Hassan Benut, Pontian. Pemilik ialah En. Noorsaiful Amri bin Suloh. Perusahaan bermula pada tahun 2006 dan mendapat bimbingan daripada Pejabat Pertanian Daerah Pontian pada tahun tersebut.
Melihat kesungguhan dan daya usaha beliau yang berterusan, pihak Jabatan yang terdiri daripada Agen Pengembangan Kawasan Tuan Hj. Jais bin Othman telah berbincang bersama Desk Officer myOrganik/myGAP Tuan. Hj. Yaacob bin Mokhtar untuk Projek Cendawan Tiram yang diusahakan oleh En. Noorsaiful Amri bin Suloh dibuat permohonan bagi Pensijilan myOrganic pada tahun 2013. Cadangan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan Skim pensijilan yang dibangunkan oleh Jabatan Pertanian bagi memberi pengiktirafan kepada ladang yang mengamalkan perladangan organik berpandukan Malaysian Standard MS 1529:2001 The Production, Processing, Labeling & Marketing of Plant Based Organically Produced Food.
Proses Audit telah dijalankan dengan lancar dan juru audit telah diketuai oleh Cik Kalayarasi a/p Balakrishmannamurty ( G41 ) daripada unit Hortikultur IPRS bersama En. Sahbudin bin Md. Ali ( G32 ) dari unit Boisekuriti Johor.
Objektif myOrganic adalah Sebagai alat atau teras kepada Sistem Pengembangan Tekno Pertanian (SPTP) Jabatan Pertanian. Selain daripada itu juga, ia menjadi amalan pengusaha di dalam menjalankan aktiviti di ladang supaya menghasilkan keluaran organik yang lebih berkualiti dan selamat untuk dimakan. Kelebihan-kelebihan jika memperolehi Pensijilan myOrganic dapat menghasilkan produk-produk pertanian yang dijamin berkualiti dan selamat dimakan (bebas daripada racun makhluk perosak dan logam berat), secara automatic dapat memelihara alam sekitar, Keselamatan serta kebajikan pekerja ladang terjamin, Meningkatkan produktiviti pengeluaran serta, hasil pertanian mudah dikenali dan dapat bersaing di pasaran domestik dan antarabangsa.
Bagi penyertaan skim ini adalah secara sukarela dan perkhidmatan diberikan adalah secara PERCUMA.
