PONTIAN, 31 Disember – Kejadian ribut telah berlaku menyebabkan berlaku kerosakan pada sebuah projek Fertigasi milik Encik Agus bin Mok Kromin di bawah bimbingan Jabatan Pertanian. Pihak Agen Pengembangan Kawasan bersama-sama dengan Pegawai Pertanian Daerah Pontian, Encik Mohd Taufik bin Mohd Yusuff segera bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat kerosakan yang berlaku akibat bencana ribut ini. Lokasi projek bertempat di Lot 1091, Kampung Parit Haji Karim, Ayer Baloi. Berkeluasan 0.2 hektar dan jenis tanaman adalah tanaman cili. Selepas tinjauan dibuat, sebanyak 6 unit SPH mengalami kerosakan dan pihak Jabatan menyarankan beliau untuk mengisi borang bancian kerosakan tanaman akibat bencana alam bagi membantu meringankan beban kerugian beliau. Untuk pengetahuan umum juga, Sistem Perlindunagn Hujan Fertigasi dan input pertanian milik beliau juga merupakan bantuan yang diperolehi daripada Program Galakan Usahawan 2015 di bawah pengelolakan Jabatan Pertanian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *