AYER HITAM, 3 Mei – Seramai 40 peserta Kursus Kepimpinan Transformatif dan Pengurusan Organisasi, INTAN Wilayah Selatan telah mengadakan lawatan ke Pusat Pertanian Ayer Hitam. Lawatan diketuai oleh Puan Hajah Khadijah binti Haji Ismail, Penyelaras Kursus ini. Tujuan lawatan diadakan adalah bagi mendapatkan taklimat berkaitan kemudahan pembelajaran yang disediakan di PPAH. Selain itu, satu pengkongsian pelaksanaan projek-projek pertanian yang boleh dibangunankan di komuniti masing-masing. Selain itu juga, ia juga dapat meluaskan jalinan dan meneroka peluang kerjasama di antara IKWAS dan PPAH dalam meningkatkan penyampaian yang lebih berkesan kepada rakyat. Peserta telah dibawa melawat sekitar PPAH dan didedahkan mengenai cara penanaman secara organik di petak tanaman sayuran dan buluh madu. Selain itu, peserta berpeluang melawat ke ladang tanaman durian belanda yang diusahakan oleh Encik Din.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *