AYER HITAM, 8 Mei – Seramai 150 pegawai dan kakitangan pelbagai lapisan Bahagian Teknikal Ayer Hitam dan Kakitangan Pusat Pertanian Ayer Hitam telah menghadiri dengan jayanya Kursus Integriti yang dianjurkan Bahagian Teknikal Ayer Hitam yang diketuai Encik Azreen bin Basir, K/U Bahagian Kejuruteraan Pertanian Ayer Hitam. Penceramah terdiri daripada Encik Azri bin Yusop, Penguasa Kanan SPRM Daerah Kluang dan Encik Muhammad Faiq bin Hafiz, Pembantu Antidadah, Unit Pencegahan AADK Kluang. Ujian saringan air kencing juga telah dilakukan kepada semua kakitangan oleh pegawai-pegawai AADK. Tujuan Program ini dilaksanakan adalah bagi menambah pengetahuan didalam cara-cara menangani, menghindari dan mengambil tindakan mengatasi masaalah rasuah dan penyalahgunaan dadah. Selain itu juga, ia diharapkan dapat memberi kesedaran kepada kesan-kesan buruk jenayah rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan kesan buruk kepada penyalahgunaan dadah serta mengambil langkah-langkah mengatasinya.




