AYER HITAM, 3 Mei – Seramai 24 usahawan dan bakal usahawan telah mengikuti dengan jayanya kursus asas pembuatan roti dan pastri anjuran Pusat Pertanian Ayer Hitam. Kursus yang dijalankan selama 2 hari bermula hari ini memberi pendedahan dan latihan kepada usahawan dan bakal usahawan yang berminat menceburi bidang ini serta memberi pendapatan sampingan untuk menambah pendapatan hasil isi rumah.
Peserta telah dibimbing oleh Puan Hajah Zalipah bin Adman, Penolong Pegawai Pertanian. Diakhir kursus peserta telah menerima sijil yang telah disampaikan oleh Encik Samat bin Md Yusof, Ketua Pusat Pertanian Ayer Hitam. Antara yang dihasilkan oleh peserta kursus ialah roti bun manis seperti inti kaya, kacang merah, kelapa dan ‘papa roti’. Bagi roti bun pedas pula seperti inti sardin, sosej, pizza dan ‘chicken floss’. Selain itu, roti sarang lebah, roti sandwish serta pastri lapis juga turut dipelajari oleh peserta kursus.









