PONTIAN, 6 Mei – Mohamad Shah bin Mohd Samingon merupakan pengusaha tanaman sayuran di Daerah Pontian. Pada 6 Mei 2016 telah berlaku kejadian ribut yang mengakibatkan kerosakan kepada Fertigasi Tanaman Timun yang masih berusia 6 minggu. Kesemua tanaman perlu dibersihkan dan ditukar dengan tanaman yang baru. Lokasi kebun di PTD 9510 Kampung Maju Jaya, Pekan Nanas Pontian. Keluasan Projek seluas 0.8 ha dengan jumlah pokok timun sebanyak 8800 pokok. Pihak Jabatan Pertanian telah membuat pemantauan sebaik sahaja berita tersebut dilaporkan dan telah membuat bancian kerosakan dan kerugian akibat bencana alam di Negeri Johor.





