SEGAMAT, 13 MeiĀ – Seramai 20 belia telah mengikuti dengan jayanya Latihan Kemahiran Tidak Formal (LKTF) Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat bertempat di Pejabat Pertanian Segamat. Melalui latihan LKTF ini, peserta telah dibimbing oleh Puan Noorsakinah binti Sothir dalam membuat Cream Puff dan Puding Roti. Melalui kursus ini, peserta diberikan peluang untuk menghasilkan produk mengikut kaedah yang terbaik dan boleh dikomersilkan sebagai tambahan ekonomi.


