PONTIAN, 16 Mei – Seramai 30 peserta telah mengikuti dengan jayanya Kursus Pengurusan Ternakan Lebah Kelulut anjuran Unit Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat Pertanian Daerah Pontian. Ceramah telah disampaikan oleh Encik Zakbah bin Mian, Penolong Pegawai Pertanian. Kursus ini telah dijalankan di Pejabat Pertanian Daerah Pontian. Bagi sesi praktikal dan lawatan telah diadakan di Projek Ternakan Kelulut Kokaza Holding Sdn. Bhd. yang terletak di TRK 13, Jalan Parit Semerah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *